Kucing Berduri Kota (SINOPSIS)
Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8100’ ini menceritakan
tentang Zic 9295, seorang pemimpin Israel yang zalim, dia seoarang pemimpin kejam yang mahu melihat etnik 8100
musnah. Dalam kepalanya hanyalah ada dendam terhadap etnik 8100., yang
diibaratkan sebagai kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa.
Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak
berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.
Zic 9295 sedar akan kesalahannya,. Serigala gearbok
menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295
tidak mahu melihat 8100 merdeka.
Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka
pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia boleh memberi
alasan daripada soalan hakim terhadapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja,
asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.
Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota
telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.
Tema: Menceritakan keganasan Zic 9295
Persoalan :
Mengapa Zic 9295 begitu takut akan kesalahan yang dilakukan?
Mengapa Zic 9295 begitu bencikan etnik 8100?
Apakah nasib Zic 9295 selepas ini?
Watak dan Perwatakan:
Zic 9295- berperanan sebagai kucing berduri kota, kejam dan
sanngat membencikan etnik 8100
Etnik 8100- berperanan sebagai anak-anak ayam yang secara
kejamnya di bunuh oleh kucing berduri
kota
GAYA BAHASA
1. Metafora
2. Hiperbola
3. Personifikasi- Tembok memprotes tindak-tanduknya yang jahat dan kejam.
Plot dan Latar
Mengisarkan kisah perjuangan para mujahid di Palestin dan
kekejaman Zionis. Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel pada ketika itu
mencetuskankan peperangan dan membunuh begitu ramai penduduk Palestin yang di
anggap pelarian di negara sendiri. Ariel Sharon terlibat dengan banyak
kontroversi melibatkan pembunuhan tersebut. Namun dia dilindungi pihak berkuasa
seperti PBB yang merupakan orang suruhan Israel.
Nilai dan Pengajaran
1.Jangan berdendam dengan orang lain hanya kerana mereka
lebih baik
2.Mengakui kesilapan diri sendiri
3.Tidak menyalahkan orang lain yang tidak bersalah dalam
suatu situasi
No comments:
Post a Comment