Bab 6
(Jaringan emas)
(Jaringan emas)
Pemenang perlu
ditentukan dengan penentuan sepakan penalti. Pengadil meminta Syed dan Johari
untuk menyenaraikan lima orang pemain yang akan mengambil sepakan penalti
nanti.
Sepakan penalti pertama Nashorn diambil oleh kapten pasukan iaitu Syed.
Sepakan itu disempurnakan olehnya dengan mudah. Sepakan penalti pertama pasukan
lawan pula diambil oleh kapten pasukannya juga, Johari. Johari menggunakan
teknik rembatan yang unik untuk mengelirukan penjaga gol. Sepakan ini juga
berjaya membolosi gawang gol.
Ketika pasukan
Nashorn berada dihadapan empat berbalas tiga, sepakan keempat oleh Halim
terkena palang dan melambung jauh keluar padang. Tertekan jurulatih dan rakan
sepasukan dibuatnya.
Dan sepakan terakhir bagi pasukan Nashorn diambil oleh
Rafiq. Jika Rafiq berjaya menjaringkan gol, maka mereka bakal menjulang piala
buat kali kelapan. Sepakan itu diambil olehnya dengan berhati-hati.
Hati kecilnya
berbicara “Kau berilahkan kejayaan buat sekolah kau, ingatlah yang jurulatih
kau dah beri peluang untuk kau bermain di sini .” Bagaikan halilintar, bola
yang dirembat oleh Rafiq menyusur laju ke arah gawang gol.
Tetapi bola yang
dirembat oleh Rafiq beerjaya ditepis. Penjaga gol berasa sangat puas dengan apa
yang telah dilakukannya. Namun, langit tak semestinya cerah, dengan kuasa
Allah, bola yang ditepis itu tadi ditiup angin yang sangat kuat. Keadaan itu
menyebabkan bola itu melantun ke arah gawang gol dan akhirnya memberikan
kemenangan buat pasukan Nashorn.
“Alhamdulillah,
syukur Ya Allah.”rasa syukur yang teramat syukur oleh Rafiq kelihatan apabila
dia bersujud di atas padang. Kesemua pemain pasukan Nashorn menjulang dia dan
membawanya ke tepi padang. Kemenangan itu membuka peluang untuk Rafiq
meneruskan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional.
No comments:
Post a Comment