GABUNGAN DUA SETERU
Bab 1
(pemilihan pertama)
(pemilihan pertama)
Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah banyak melahirkan pelajar yang
berpotensi untuk menjadi atlet. Antara atlet yang pernah menyambung pelajaran
sekolah menengah di situ ialah Safiq Sali. Safiq Sali ialah salah seorang ahli
pasukan bola sepak negara. Beliau pernah membantu pasukan bola sepak negara
melayakkan diri untuk merebut gelaran juara di Sukan Olimpik.
Tapi
saya di sini bukannya untuk menceritakan tentang Safiq Sali ataupun kehebatan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Tujuan saya adalah untuk
menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang melanjutkan pelajarannya di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan (SMeKSeK).
Pelajar
yang saya katakan tadi bernama Raziq. Dia baru sahaja mendaftarkan diri sebagai
pelajar tingkatan satu SMeKSeK. Dia terpilih untuk menyertai sekolah sukan ini
kerana kehebatan dan kelincahannya bermain bola. Untuk pengetahuan semua, Raziq
ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan. Dia pernah
mewakili pasukan bola sepak sekolah, daerah, negeri dan dia juga terpilih untuk
menjadi salah seorang pemain Frenz United.
Pada
hari pertama dia berada di SMeKSeK, dia telah berjumpa dengan ramai kenalan
yang pernah dia temui ketika bermain bola sepak. Antara kenalannya ialah Zahid.
Dia mulai mengenali Zahid ketika mereka bersama-sama mewakili pasukan Negeri
Sembilan di peringkat kebangsaan. Selain daripada Zahid, ada ramai lagi kenalan
Raziq yang dia temui ketika mewakili pasukan bola sepak.
Selepas
Raziq berkenalan dengan semua kawan-kawan di sekolah barunya itu, dia dan
rakan-rakan sekelasnya pergi ke kelas masing-masing. Kelas mereka berada tidak
jauh dari padang sekolah. Jadi, mereka boleh melihat kelas-kelas lain yang
sedang menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan apabila tiada guru
yang masuk ke kelas itu.
Merka
menjalani kehidupan di sekolah menengah seperti biasa tanpa ada sebarang
gangguan. Pada suatu hari, jurulatih pasukan bola sepak sekolah telah
menyatakan hasrat untuk memilih pemain bagi mewakili sekolah dalam pertandingan
peringkat daerah yang bakal berlangsung lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.
Peluang
sebigini tidak dilepaskan oleh Zahid. Dia, Zahid dan beberapa orang pelajar
lelaki tingkatan satu pergi menghadiri ujian untuk menjadi pemain sekolah. Mereka
sangat terkejut apabila seramai 56 orang pelajar lelaki menghadiri sesi
pemilihan pertama.
Ketika sesi pemilihan pertama dijalankan, jurulatih sekolah akan
menganalisis gaya permainan pelajar.Pada sesi pemilihan yang pertama, jurulatih
telah mengeluarkan 16 orang pelajar dari pasukan bola sepak. Pelajar tingkatan
satu yang masih belum terkeluar hanya tinggal Raziq dan Zahid.
No comments:
Post a Comment