Bab 2
(Nafas lega?)
(Nafas lega?)
Namun
mereka masih belum lagi mampu menarik nafas lega kerana ada lagi 40 orang
pelajar yang masih berada dalam pasukan. Ketika dua minggu sebelum pertandingan
itu berlangsung, jurulatih mengumumkan hari untuk sesi pemilihan pemain yang
kedua. Sesi pemilihan yang kedua itu akan dijalankan pada hari Rabu, iaitu
ketika waktu kokurikulum dijalankan.
Pada hari Rabu itu, jurulatih telah membahagikan mereka kepada lapan
kumpulan. Raziq dimasukkan ke dalam pasukan ke-lima manakala Zahid pula di
kumpulan ke-lapan. Selepas itu, jurulatih meminta setiap kumpulan untuk
melantik seorang ketua pasukan. Ketua dari setiap kumpulan dipanggil kehadapan
untuk mencabut undi.
“Baiklah, undian telah dibuat dan saya akan tulis di depan keputusannya.”
kata jurulatih.
8 vs 1
7 vs 2
6 vs 3
4 vs 5
“Kita
akan mulakan dengan pasukan 8 menentang pasukan 1. Saya akan menganalisis gaya
permainan kamu semua. Jadi, buat yang terbaik semua.” kata jurulatih lagi.
Semua
pemain kedua-dua pasukan telah masuk padang. Setelah mereka berada di posisi
masing-masing, pengadil jemputan meniup wisel permulaan. Mereka diberikan masa
selama 20 minit untuk membuktikan kehebatan mereka.
Ketika
perlawanan diantara kumpulan 8 dan kumpulan 1 sedang berlangsung, Zahid berjaya
melepasi pemain pertahanan kumpulan 1 dan meneruskan lariannya ke arah pintu
gol lawan. Tetapi larian Zahid terhenti di depan gawang gol kerana ada lagi
seorang pemain pertahanan yang cuba menghalangnya daripada terus mara ke
hadapan.
Namun, dengan kelincahan Zahid yang sangat menakjubkan, dia berjaya
melepasi pemain pertahanan itu, Lalu, Zahid melepaskan rembatan kencang ke arah
gawang gol dan rembatan itu berjaya melebihi jangkauan penjaga gol untuk
memberikan gol pertama buat kumpulan 8.
No comments:
Post a Comment