Bab 5
(Terus mara)
Perlawanan kedua
belangsung dengan Rafiq bermain di posisi penyerang utama menggantikan Azizul
yang kepenatan selepas berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama.
Tiupan wisel
dibunyikan, dan pasukan memulakan sepak mula. Namun tidak sampai seminit mereka
memegang bola, Rafiq berjaya merampasnya. Tanpa membuang masa pasukan Nashorn
terus melakukan serangan balas. Kemaraan mereka dihalang oleh pemain pertahanan
lawan, tetapi dengan kelebihan bilangan pemain, pasukan lawan tidak mampu
menghalang mereka daripada terus mara.
Selepas itu, Rafiq dan
dua orang lagi rakan sepasukannya perlu melepasi penjaga gol yang dilihat agak
cemas kerana perlu menghalang tiga orang pemain daripada menjaringkan gol.
Apabila perasaan takut dan gementar bergabung, maka kita tidak mampu berbuat
apa-apa. Begitulah apa yang terjadi kepada penjaga gol itu, dia tidak mampu
berbuat apa-apa selain dari memberi gol kepada pasukan Nashorn.
Beberapa minit selepas
itu, Rafiq menjaringkan gol kedua peribadinya dan pasukannya dalam perlawanan
itu. Bersambung babak kedua, Zahid pula diberi peluang untuk bermain bagi
menggantikan Zuhdi yang nampak agak keletihan. Zahid digandingkan bersama
dengan Rafiq, untukbermain diposisi serangan.
Apa akan jadi jika
api dicampur dengan Benzena iaitu sejenis bahan kimia, sudah pasti akan terjadi
satu kebakaran. Itulah yang berlaku kepada pasukan Nashorn, mereka tidak habis
habis menyerang pasukan lawan sehinggakan pasukan lawan dibolosi dengan begitu
banyak gol.
Berakhir sudah
perlawanan di Antara pasukan Nashorn dan juga pasukan Sekolah Menengah
Kebangsaan Impian (SMeKI). Perlawanan dengan berkesudahan, kemenangan sekali
lagi memihak kepada pasukan Nashorn apabila mereka menang dengan jaringan 8
berbalas 0. Mereka berjaya mara ke peringkat suku akhir apabila menjadi juara
kumpulan dengan mengumpul mata penuh iaitu sebanyak enam mata diikuti dengan
pasukan SeMBA dengan tiga mata.
Kemaraan mereka
sekali lagi tidak dapat dihalang apabila mereka berjaya menundukkan juara
bertahan iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kantan Sebatang (KaSeb) dengan
jaringan 4 berbalas 0.
Di pentas separuh
akhir pula mereka berjaya menundukkan pasukan yang pernah menjuarai
pertandingan ini dua tahun lepas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Dua
Batang (PiDuB) dengan jaringan 3 berbalas 0. Akhirnya, mereka sekali lagi
ditemukan dengan pasukan SeMBA.
Perlawanan itu
berlangsung dengan kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan. Ada beberapa
percubaan merbahaya ke arah gawang gol kedua-dua pasukan.Tamat separuh masa
pertama dengan tiada sebarang gol dapat dijaringkan.
Bersambung babak
kedua, akibat kesilapan pemain tengah Nashorn, peluang itu diambil oleh pasukan
SeMBA dan mereka berjaya membolosi gawang gol Nashorn. Tetapi jaringan itu
tidak bertahan begitu lama apabila Syed berjaya melepasi kesemua pemain
pertahanan dan penjaga gol untuk memberikan jaringan penyamaan buat pasukan
Nashorn. Perlawanan akhirnya tamat dengan kedua-dua pasukan seri satu sama.
No comments:
Post a Comment