27/10/2014

SURAT JEMPUTAN RASMI

Wan Ahmad Mursyid Bin Wan Zafri,
Pengarah Pusat PERMATA Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
____________________________________________________________________

Prof.  Madya Dato’ Haji Muhammad Zuhdi,
Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.                                                                       1 Februari 2018
____________________________________________________________________

Tuan,

Jemputan Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2017

Dengan hormat merujuk perkara di atas Pusat PERMATA Pintar Negara ingin menjemput tuan untuk menyertai Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Cemerlang SPM 2017. Kehadiran tuan pasti akan memeriahkan lagi majlis ini.

2.            Butiran program adalah seperti berikut:
               
                Tarikh                  : 22 Februari 2018
                Masa                    : 7 Petang  – 9 Malam
                Tempat                : Foodys, Ground Floor, Bangi Gateway Shopping Centre,
             Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43600 Bangi, Selangor.

3.            Untuk makluman tuan, permintaan untuk menjemput tuan bagi menyertai majlis ini, bukanlah kemahuan kami tetapi kemahuan para pelajar yang terlibat dalam majlis ini.

4.            Program ini diadakan bagi meraikan pencapaian pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017, di mana pelajar di sekolah ini berjaya mendapatkan gred purata sekolah yang terbaik di dalam peringkat Negeri Selangor.






WAN AHMAD MURSYID BIN WAN ZAFRI
Pengarah,
Pusat PERMATA Pintar Negara.

22/10/2014

Latihan Bahasa Melayu

1.Berikan 10 ungkapan yang tidak bertata susila yang boleh mendatangkan kemarahan kepada        pendengar.

 1.Woi budak, kau datang sini jap?

 2.Woi, ko belikan aku air guna duit kau.
 3.Jalan cepat sikit boleh tak, lembap? 
 4.Terhegeh-hegeh, macam siput.
 5.Aku suruh kau beli air sirap, kau beli air kosong, bodoh gila kau.
 6.Wei, kenapa kau bodoh sangat?
 7.Aku tanya ni, jawablah bodoh.
 8.Dah, dah, sebelum aku bantai kau, lebih baik kau blah dari sini.
 9.Kau blah sekarang.
 10.Malas betul aku nak layan budak lembap macam kau ni.

2.Apakah kepentingan nilai kesantunan dalam budaya bahasa melayu?



  • Menimbulkan perasaan hormat terhadap rakan
  • Melambangkan warisan bangsa
  • Mewujudkan masyarakat yang harmoni
  • Mewujudkan kerjasama di antara masyarakat sekita kita
  • Melambangkan pertuturan yang indah dan sopan

3.Senaraikan 30 istilah dalam laras bahasa matematik, laras bahasa sains, laras bahasa agama, laras bahasa sastera dan laras bahasa seni.


a) Laras Matematik



  1. Nombor
  2. Digit
  3. Nilai
  4. Tambah
  5. Tolak 
  6. Bahagi
  7. Darab
  8. Perpuluhan 
  9. Pecahan
  10. Bundar
  11. Jumlah 
  12. Puluh 
  13. Ratus
  14. Ribu
  15. Juta
  16. Berapa
  17. Al-Gebra
  18. Jarak
  19. Abstrak
  20. Luas 
  21. Diameter 
  22. Meter
  23. Radius
  24. Perimeter
  25. Mantik
  26. Infiniti
  27. Integer
  28. Nisbah
  29. Geometri
  30. Vektor
b) Laras Sains

  1. Tumbuhan 
  2. Saintis
  3. Tenaga
  4. Makanan
  5. Hidup
  6. Keperluan asas
  7. Kimia
  8. Proses
  9. Fotosintesis
  10. Ubat
  11. Penawar
  12. Alam
  13. Hujan
  14. Elektron
  15. Proton
  16. Neutron
  17. Atom
  18. Sel
  19. Kuit
  20. Reput
  21. Mikroorganisma
  22. Kulat
  23. Graviti
  24. Momentum
  25. Inertia
  26. Gas
  27. Cecair
  28. Pepejal
  29. Mineral
  30. Potassium
c) Laras Agama 

  1. Hukum
  2. Haram
  3. Halal
  4. Syubhah
  5. Bidaah
  6. Iman
  7. Dosa
  8. Pahala
  9. Taqwa
  10. Syahadah
  11. Makruh
  12. Fardu
  13. Kiamat
  14. Feqah
  15. Akidah
  16. Akhlak
  17. Tajwid
  18. Ikhtilat
  19. Solat
  20. Puasa
  21. Rukun
  22. Zakat
  23. Wudhuk
  24. Tayammum
  25. Doa
  26. Tahjjud
  27. Taubat
  28. Istikharah
  29. Khalifah
  30. Sunnah
d) Laras Sastera

  1. Adegan
  2. Kata Pujangga
  3. Alegori
  4. Aliterasi
  5. Alusi
  6. Ambiguiti
  7. Anafora
  8. Antagonis
  9. Antologi
  10. Asonansi
  11. Bombastik
  12. Cereka
  13. Cerpen
  14. Drama
  15. Citra budaya
  16. Dialog
  17. Diksi
  18. Epifora
  19. Epilog
  20. Episod
  21. Genre
  22. Hyperbola
  23. Inversi
  24. Kronologi
  25. Metafora
  26. Monolog
  27. Novel
  28. Paradoks
  29. Peribahasa
  30. Plot
e) Laras Seni

  1. Garisan
  2. Stensilan
  3. Lukisan
  4. Catan
  5. Montaj
  6. Motif
  7. Gurisan
  8. Tekapan
  9. Kolaj
  10. Cetakan
  11. Lipatan
  12. Guntingan
  13. Boneka
  14. Batik
  15. Topeng
  16. Arca
  17. Assemblaj
  18. Anyaman
  19. Mozek
  20. Mobail
  21. Stabail
  22. Ukiran
  23. Kaligrafi
  24. 2D
  25. 3D
  26. Capan
  27. Perspektif
  28. Komposisi
  29. Grid
  30. Tiruan

21/10/2014

CIRI-CIRI GELARAN KETURUNAN:

KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH

1. Raja = Perak dan Selangor
2. Tunku / Ungku = Johor dan Kedah
3. Tengku / Engku = Kelantan, Pahang, Terengganu
4. Tuanku = Negeri Sembilan
5. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei 

KETURUNAN ORANG BESAR-BESAR

1. Abang = Sarawak
2. Datu = Sabah
3. Awangku, Dayang = Brunei
4. Megat, Puteri, Meor = Perak
5. Nik = Kelantan
6. Tan = Kedah
7. Tuan = Terengganu
8. Wan = Kelantan dan Terengganu
9. Undang = Negeri Sembilan

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Syed = Lelaki
2. Syarifah = Perempuan

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA

1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis

16/05/2014

KIMIA DAN PJK

16.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

     PADA HARI INI, SAYA DAN RAKAN-RAKAN FOUNDATION YANG LAIN TELAH MENJAWAB KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN KIMIA DAN PJK. ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ILAHI KERANA SAYA DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN YAKIN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

15/05/2014

SUSAHNYA..........


15.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

      HARI INI IALAH HARI MENJAWAB KERTAS EXAM YANG PALING "MEMBUNUH" SAYA IAITU BIOLOGI.PADA PEPERIKSAAN YANG LEPAS, SAYA DAPAT GRED C TAPI KALI INI SAYA HARAP DAPAT GRED YANG BAGUS DARIPADA SEBELUM INI.DOAKAN YEE............

SEKIAN, TERIMA KASIH.

13/05/2014

BAB 6

Bab 6
(Jaringan emas)

Pemenang perlu ditentukan dengan penentuan sepakan penalti. Pengadil meminta Syed dan Johari untuk menyenaraikan lima orang pemain yang akan mengambil sepakan penalti nanti.

 Sepakan penalti pertama Nashorn diambil oleh kapten pasukan iaitu Syed. Sepakan itu disempurnakan olehnya dengan mudah. Sepakan penalti pertama pasukan lawan pula diambil oleh kapten pasukannya juga, Johari. Johari menggunakan teknik rembatan yang unik untuk mengelirukan penjaga gol. Sepakan ini juga berjaya membolosi gawang gol.

Ketika pasukan Nashorn berada dihadapan empat berbalas tiga, sepakan keempat oleh Halim terkena palang dan melambung jauh keluar padang. Tertekan jurulatih dan rakan sepasukan dibuatnya.

 Dan sepakan terakhir bagi pasukan Nashorn diambil oleh Rafiq. Jika Rafiq berjaya menjaringkan gol, maka mereka bakal menjulang piala buat kali kelapan. Sepakan itu diambil olehnya dengan berhati-hati.

Hati kecilnya berbicara “Kau berilahkan kejayaan buat sekolah kau, ingatlah yang jurulatih kau dah beri peluang untuk kau bermain di sini .” Bagaikan halilintar, bola yang dirembat oleh Rafiq menyusur laju ke arah gawang gol.

 Tetapi bola yang dirembat oleh Rafiq beerjaya ditepis. Penjaga gol berasa sangat puas dengan apa yang telah dilakukannya. Namun, langit tak semestinya cerah, dengan kuasa Allah, bola yang ditepis itu tadi ditiup angin yang sangat kuat. Keadaan itu menyebabkan bola itu melantun ke arah gawang gol dan akhirnya memberikan kemenangan buat pasukan Nashorn.



“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.”rasa syukur yang teramat syukur oleh Rafiq kelihatan apabila dia bersujud di atas padang. Kesemua pemain pasukan Nashorn menjulang dia dan membawanya ke tepi padang. Kemenangan itu membuka peluang untuk Rafiq meneruskan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional. 

BAB 5

Bab 5
(Terus mara)

            Perlawanan kedua belangsung dengan Rafiq bermain di posisi penyerang utama menggantikan Azizul yang kepenatan selepas berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama.

            Tiupan wisel dibunyikan, dan pasukan memulakan sepak mula. Namun tidak sampai seminit mereka memegang bola, Rafiq berjaya merampasnya. Tanpa membuang masa pasukan Nashorn terus melakukan serangan balas. Kemaraan mereka dihalang oleh pemain pertahanan lawan, tetapi dengan kelebihan bilangan pemain, pasukan lawan tidak mampu menghalang mereka daripada terus mara.

            Selepas itu, Rafiq dan dua orang lagi rakan sepasukannya perlu melepasi penjaga gol yang dilihat agak cemas kerana perlu menghalang tiga orang pemain daripada menjaringkan gol. Apabila perasaan takut dan gementar bergabung, maka kita tidak mampu berbuat apa-apa. Begitulah apa yang terjadi kepada penjaga gol itu, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain dari memberi gol kepada pasukan Nashorn.

            Beberapa minit selepas itu, Rafiq menjaringkan gol kedua peribadinya dan pasukannya dalam perlawanan itu. Bersambung babak kedua, Zahid pula diberi peluang untuk bermain bagi menggantikan Zuhdi yang nampak agak keletihan. Zahid digandingkan bersama dengan Rafiq, untukbermain diposisi serangan.

Apa akan jadi jika api dicampur dengan Benzena iaitu sejenis bahan kimia, sudah pasti akan terjadi satu kebakaran. Itulah yang berlaku kepada pasukan Nashorn, mereka tidak habis habis menyerang pasukan lawan sehinggakan pasukan lawan dibolosi dengan begitu banyak gol.

Berakhir sudah perlawanan di Antara pasukan Nashorn dan juga pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Impian (SMeKI). Perlawanan dengan berkesudahan, kemenangan sekali lagi memihak kepada pasukan Nashorn apabila mereka menang dengan jaringan 8 berbalas 0. Mereka berjaya mara ke peringkat suku akhir apabila menjadi juara kumpulan dengan mengumpul mata penuh iaitu sebanyak enam mata diikuti dengan pasukan SeMBA dengan tiga mata.

Kemaraan mereka sekali lagi tidak dapat dihalang apabila mereka berjaya menundukkan juara bertahan iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kantan Sebatang (KaSeb) dengan jaringan 4 berbalas 0.

Di pentas separuh akhir pula mereka berjaya menundukkan pasukan yang pernah menjuarai pertandingan ini dua tahun lepas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Dua Batang (PiDuB) dengan jaringan 3 berbalas 0. Akhirnya, mereka sekali lagi ditemukan dengan pasukan SeMBA.

Perlawanan itu berlangsung dengan kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan. Ada beberapa percubaan merbahaya ke arah gawang gol kedua-dua pasukan.Tamat separuh masa pertama dengan tiada sebarang gol dapat dijaringkan.


Bersambung babak kedua, akibat kesilapan pemain tengah Nashorn, peluang itu diambil oleh pasukan SeMBA dan mereka berjaya membolosi gawang gol Nashorn. Tetapi jaringan itu tidak bertahan begitu lama apabila Syed berjaya melepasi kesemua pemain pertahanan dan penjaga gol untuk memberikan jaringan penyamaan buat pasukan Nashorn. Perlawanan akhirnya tamat dengan kedua-dua pasukan seri satu sama.

BAB 4

Bab 4
(Perlawanan pembukaan)

            Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, perlawanan pembukaan bagi pertandingan bola sepak peringkat daerah MSSD akan berlangsung satu jam sahaja lagi. Pasukan SMeKSeK atau lebih dikenali sebagai pasukan Nashorn. Nashorn ialah perkataan Bahasa Jerman yang ditukar daripada Bahasa Melayu yang bermaksud badak sumbu. Mereka diberi gelaran itu kerana mereka mempunyai benteng pertahanan yang sukar untuk dilepasi dan kehebatan penyudah yang mereka.

Mereka pernah menjadi juara dalam pertandingan ini sebanyak tujuh kali dan kali terakhir mereka menjulang trofi ialah dua tahun yang lepas. Mereka tidak pernah tidak melayakkan diri untuk ke separuh akhir.

            Peraturan pertandingan tahun ini ada sedikit perubahan, iaitu pada tempoh masa perlawanan di tambah daripada 20 minit kepada 30 minit. Selain itu, keluasan gawang gol juga berbeza daripada tahun sebelumnya. Ini pasti akan menyukarkan tugas semua penjaga gol.

            Pada pelawanan pertama peringkat kumpulan, mereka perlu menentang Sekolah 
Menengah Batu Ampat (SeMBA). Pada pertandingan yang lepas sekolah ini pernah menewaskan mereka dengan jaringan 2 berbalas 1 ketika mereka berada di pentas separuh akhir. Pertembungan ini menjadi suatu tempat untuk mereka menebus maruah mereka yang tercalar.

            Pada perlawanan ini, Rafiq dan Zahid tidak dapat menjadi pemain utama. Tetapi jurulatih berjanji akan memberi berdua main pada perlawanan seterusnya, sekiranya mereka berjaya memenangi perlawanan pertama.

            Ketika perlawanan hampir tamat separuh masa, penyerang utama iaitu Azizul berjaya menyudahkan hantaran lintang daripada Mursyid untuk menjaringkan gol pertama buat Nashorn. Beberapa saat selepas itu, tiupan wisel daripada pengadil menandakan tamat perlawanan separuh masa pertama

            Bersambung babak kedua, kali ini semangat pasukan Nashorn semakin membara apabila mereka berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa 10 minit. Kedudukan mereka semakin selesa apabila pemain tengah, Haikal berjaya menyudahkan sepakan percuma yang diambil agak jauh dari gawang gol. Akhirnya, perlawanan di antara pasukan Nashorn dan lawannya SeMBA tamat dengan kemenangan memihak kepada Nashorn dengan jaringan 5 berbalas 0.


            Sebelum perlawanan kedua peringkat kumpulan bermula, jurulatih menyuruh pasukannya untuk berjumpa dengannya di dalam bilik persalinan. Ketika di dalam bilik persalinan, jurulatih memberikan sedikit nasihat kepada pasukannya dan beberapa info penting. 

BAB 3

Bab 3
(Kelayakan dua rakan)

Perlawanan di antara kumpulan 8 dan 1 akhirnya tamat. Kemenangan memihak kepada kumpulan 8 dengan keputusan 5 berbalas 1. Keputusan pada perlawanan kumpulan lain pula ialah kumpulan 7 tewas kepada kumpulan 2 dengan jaringan 2 berbalas 4, kumpulan 4 tewas kepada kumpulan 5 apabila  Raziq menjaringkan gol tunggal perlawanan buat kumpulan 5, dan perlawanan terakhir di antara kumpulan 3 dan 6 berkesudahan dengan kumpulan 6 menang dengan jaringan 3 berbalas 2.

Tamat sahaja kesemua perlawanan, jurulatih menyuruh mereka untuk berehat di bawah pokok. Sebelum mereka pulang, jurulatih menyuruh mereka untuk datang berjumpa dengannya di dalam stor sukan, esok pada pukul 10 pagi.

Keesokan harinya, seperti yang diberitahu oleh jurulatih semalam, mereka semua menuggu kedatangan jurulatih dengan perasaan yang sangat gementar. Sampai sahaja jurulatih di dalam stor sukan, dia memberikan sedikit ucapan.

“Terima kasih kepada kamu semua kerana memberikan kerjasama yang sangat baik, kepada yang tak dapat, jangan mengalah dan teruskan usaha.Kepada yang dapat pula janganlah kamu riak atau sombong kepada orang lain.”nasihat jurulatih.     

   “Baiklah, saya akan membacakan nama yang dapat mewakili sekolah, Raziq, Zahid dari tingkatan satu, Imran, Syakir, Isma, dari tingkatan dua, dari tingkatan tiga pula, Haikal, Zamri, tingkatan pula Shahril, Azizul, Raizal dan dari tingkatan lima ialah Mursyid, Zuhdi, Syed, Amer, dan akhir sekali Aqil.”

Raziq dan Zahid berasa sangat teruja kerana mereka bakal mewakili pasukan sekolah. Mereka juga berasa sangat tidak sabar untuk memneritahu berita ini kepada ibu bapa mereka. Ketika di asrama, rakan-rakan lain mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana dapat mewakili sekolah dalam acara bola sepak.

Keesokan harinya, Raziq dan rakan sekelasnya pergi ke padang untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan. Cikgu yang mengajar mata pelajaran tersebut memberikan sebiji bola kepada kumpulan pelajar lelaki dan menyuruh mereka pergi bermain bola sepak manakala pelajar perempuan pula bermain bola jaring. Dalam permainan bola sepak, Raziq dan Zahidlah yang paling menonjol manakala bola jaring pula ialah Adibah dan Ainin.


Tamat sahaja waktu PJK, mereka pergi ke makmal komputer kerana guru bahasa inggeris iaitu Cikgu Aisyah tidak dapat hadir ke sekolah akibat demam  yang teruk sejak sebulan yang lepas.

BAB 2

Bab 2 
(Nafas lega?)

            Namun mereka masih belum lagi mampu menarik nafas lega kerana ada lagi 40 orang pelajar yang masih berada dalam pasukan. Ketika dua minggu sebelum pertandingan itu berlangsung, jurulatih mengumumkan hari untuk sesi pemilihan pemain yang kedua. Sesi pemilihan yang kedua itu akan dijalankan pada hari Rabu, iaitu ketika waktu kokurikulum dijalankan.

Pada hari Rabu itu, jurulatih telah membahagikan mereka kepada lapan kumpulan. Raziq dimasukkan ke dalam pasukan ke-lima manakala Zahid pula di kumpulan ke-lapan. Selepas itu, jurulatih meminta setiap kumpulan untuk melantik seorang ketua pasukan. Ketua dari setiap kumpulan dipanggil kehadapan untuk mencabut undi.

“Baiklah, undian telah dibuat dan saya akan tulis di depan keputusannya.” kata jurulatih.

8 vs 1

7 vs 2 
6 vs 3
4 vs 5

            “Kita akan mulakan dengan pasukan 8 menentang pasukan 1. Saya akan menganalisis gaya permainan kamu semua. Jadi, buat yang terbaik semua.” kata jurulatih lagi.

            Semua pemain kedua-dua pasukan telah masuk padang. Setelah mereka berada di posisi masing-masing, pengadil jemputan meniup wisel permulaan. Mereka diberikan masa selama 20 minit untuk membuktikan kehebatan mereka.

            Ketika perlawanan diantara kumpulan 8 dan kumpulan 1 sedang berlangsung, Zahid berjaya melepasi pemain pertahanan kumpulan 1 dan meneruskan lariannya ke arah pintu gol lawan. Tetapi larian Zahid terhenti di depan gawang gol kerana ada lagi seorang pemain pertahanan yang cuba menghalangnya daripada terus mara ke hadapan.
           
Namun, dengan kelincahan Zahid yang sangat menakjubkan, dia berjaya melepasi pemain pertahanan itu, Lalu, Zahid melepaskan rembatan kencang ke arah gawang gol dan rembatan itu berjaya melebihi jangkauan penjaga gol untuk memberikan gol pertama buat kumpulan 8.

            

BAB 1

GABUNGAN DUA SETERU


Bab 1 
(pemilihan pertama)

            Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah banyak melahirkan pelajar yang berpotensi untuk menjadi atlet. Antara atlet yang pernah menyambung pelajaran sekolah menengah di situ ialah Safiq Sali. Safiq Sali ialah salah seorang ahli pasukan bola sepak negara. Beliau pernah membantu pasukan bola sepak negara melayakkan diri untuk merebut gelaran juara di Sukan Olimpik.

            Tapi saya di sini bukannya untuk menceritakan tentang Safiq Sali ataupun kehebatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Tujuan saya adalah untuk menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan (SMeKSeK).

            Pelajar yang saya katakan tadi bernama Raziq. Dia baru sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan satu SMeKSeK. Dia terpilih untuk menyertai sekolah sukan ini kerana kehebatan dan kelincahannya bermain bola. Untuk pengetahuan semua, Raziq ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan. Dia pernah mewakili pasukan bola sepak sekolah, daerah, negeri dan dia juga terpilih untuk menjadi salah seorang pemain Frenz United.  

            Pada hari pertama dia berada di SMeKSeK, dia telah berjumpa dengan ramai kenalan yang pernah dia temui ketika bermain bola sepak. Antara kenalannya ialah Zahid. Dia mulai mengenali Zahid ketika mereka bersama-sama mewakili pasukan Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan. Selain daripada Zahid, ada ramai lagi kenalan Raziq yang dia temui ketika mewakili pasukan bola sepak.

            Selepas Raziq berkenalan dengan semua kawan-kawan di sekolah barunya itu, dia dan rakan-rakan sekelasnya pergi ke kelas masing-masing. Kelas mereka berada tidak jauh dari padang sekolah. Jadi, mereka boleh melihat kelas-kelas lain yang sedang menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan apabila tiada guru yang masuk ke kelas itu.

            Merka menjalani kehidupan di sekolah menengah seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan. Pada suatu hari, jurulatih pasukan bola sepak sekolah telah menyatakan hasrat untuk memilih pemain bagi mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat daerah yang bakal berlangsung lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.

            Peluang sebigini tidak dilepaskan oleh Zahid. Dia, Zahid dan beberapa orang pelajar lelaki tingkatan satu pergi menghadiri ujian untuk menjadi pemain sekolah. Mereka sangat terkejut apabila seramai 56 orang pelajar lelaki menghadiri sesi pemilihan  pertama.


Ketika sesi pemilihan pertama  dijalankan, jurulatih sekolah akan menganalisis gaya permainan pelajar.Pada sesi pemilihan yang pertama, jurulatih telah mengeluarkan 16 orang pelajar dari pasukan bola sepak. Pelajar tingkatan satu yang masih belum terkeluar hanya tinggal Raziq dan Zahid.