30/07/2016

Latihan Tatabahasa

A) Bina ayat.

1. Kemas

Para pemidato diminta untuk berpakaian formal dan kemas ketika berada di atas pentas.

2. Mengemaskan

Pelajar kelas 3K1 perlu mengemaskan kelas mereka yang kotor itu.

3. Kekemasan

Kekemasan diri menjadi salah satu faktor untuk kita disenangi masyarakat.

4. Harga

Danial telah hilang harga dirinya selepas dia ditangkap oleh pihak polis ketika dia sedang melakukan maksiat di rumahnya.

5. Menghargai

Kita perlulah menghargai segaala pemberian ataupun rezeki yang dikurniakan oleh tuhan..

6. Penghargaan

Anggota polis itu diberikan penghargaan oleh Menteri Besar Selangor kerana telah menyelamatkan seramai 15 orang awam yang terlibat dalam rompakan besar-besaran di sebuah bank di Kajang. 

B) Tukar ayat aktif menjadi ayat pasif.
1. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah dihasilkan oleh saya.


2. Sayur-sayuran di belakang rumah mestilah disiram oleh kamu pada setiap petang.


3. Latihan intensif selama tiga bulan telah dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

C) Betulkan kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.

Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.

2. Keseluruhan-keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

Seluruh penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim memnuai padi.

3. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuart spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

= Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuart spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

19/07/2016

Latihan: RETORIK


    Berikan nama retorik dan ciri-ciri yang terdapat dalam setiap petikan di bawah
    1. “Saya bersetuju dengan cadangan Encik Ghazali tadi kerana kita sebagai ibu bapa patut menyumbangkan tenaga secara bergotong-royong, membina, dan menyiapkan tempat belajar sementara bagi menampung keperluan pelajar sekolah ini. Kita jangan asyik meminta bantuan daripada kerajaan sahaja. -Retorik Penghujahan-
    2. Encik Ahmad seorang pelukis kartun terkenal. Beliau dijemput oleh kelab seni sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur untuk menunjukkan teknik melukis kartun.  -Retorik Pemerian-
    3. Wanita yang ditemui itu berseluar biru, memakai kemeja berlengan panjang, berambut pendek, berkulit cerah, bertahi lalat di bawah bibir, memakai kasut hitam bertumit tinggi, memakai kaca mata hitam, dan beg tangan berjenama Christine de Or.  -Retorik Pemerian-
    4. Pak Usof tidak puas hati dengan keputusan ahli jawatankuasa surau yang hendak memindahkan tapak surau itu ke tempat lain. Dengan geram Pak Usof menyuarakan bantahannya kepada Tuk Penghulu. “Tuk, apa salahnya tapak surau ini dikekalkan di sini? Sudah turun-temurun surau ini terpacak di sini. Letaknya di tengah-tengah kampung. Sebelah hilirnya ada sungai, di sebelah hulu pula ada jalan. Tapak baru itu apa yang ada?”  -Retorik Pemujukan-
    5. Petroleum atau minyak batu-batan berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu petra yang bermaksud batu atau batu-batan dan oleum yang bermaksud minyak. Petroleum wujud dengan banyak di dalam tanah, berbentuk cecair, gas, separuh pepejal atau pepejal. Dari segi kimianya, petroleum merupakan sejenis campuran yang amat kompleks.  -Retorik Pendedahan-
    6. Kuala Terengganu menjadi sebuah lagi destinasi pelancongan yang kian popular dalam kalangan pelancong yang mengunjungi Taman Negara, Pahang. Kuala Terengganu terletak di satu kawasan terpencil. Keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan para pengunjung untuk ke sana. Kedudukannya kira-kira 9.1 km dari Kuala Tahan. Jika melalui Sungai Tembeling, jauhnya kira-kira 12.5 km. -Retorik Pendedahan-
    7. Pengarang mengemukakan cadangan atau gagasan. Gagasan disokong oleh fakta, bukti, contoh, dan data. Sekongan yang diberikan relevan dan rasional. -Retorik Pemerian-
    8. Banglo milik Sazali itu dibina dua tahun yang lalu di atas tanah seluas 8000 kaki persegi. Kawasan banglo dengan landskap ala Bali menjadikan pemandangan di sekitar banglo itu amat menarik. Ada pokok-pokok hijau di sekeliling banglo itu dan sebuah kolam ikan yang menimbulkan suasana yang aman damai. -Retorik Penceritaan-
    9. Alat bantu digital peribadi (PDA) Sybo SJ20 yang bersaiz 2.54 x 7.36 cm ini boleh digunakan sebagai pengganti komputer buku. SJ20 menggunakan perisian Graffito keluaran Palmo. Alat ini boleh membaca dan mengedit fail-fail Excel. Sebelum ini, ciri-ciri demikian hanya terdapat pada komputer peribadi. -Retorik Pemerian-
    10. Penjara Pudu bukanlah satu nama asing bagi warga kota. Kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur meningatkan kita tentang keutuhan kubu A Famosa yang berdiri gagah di bandar raya Melaka. Kos pembinaan penjara ini ialah RM320 000, iaitu jumlah yang cukup besar ketika itu. -Retorik Penghujahan-
    11. Pengimport tunggal Bumiputera bagi daging dan makanan laut dari beberapa buah negara Eropah, iaitu Syarikat Osmal Sdn. Bhd., yakin bahawa permintaan bekalan barang tersebut tidak terjejas walaupun berlaku perang. Sebaliknya, pengimport berkenaan menjangka bahawa permintaan terus stabil dan meningkat. -Retorik Pendedahan-
    12. Virus misteri radang paru-paru akibat Sindrom Pernafasan Yang Teruk telah mengorbankan nyawa yang banyak. Sindrom ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, penyakit ini mudah berjangkit dan tiada penawarnya. Kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas dengan mengkuarantinkan mereka yang baru pulang dari negara yang dilanda penyakit tersebut.                                                -Retorik Pendedahan-
    13. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan dahulu wajar diteruskan kerana dasar itu relevan dan penting bagi memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang,khususnya dalam bidang teknologi. Hal ini demikian kerana nilai dan etika negara matahari terbit itu sesuai dijadikan model untuk meningkatkan pembangunan negara. -Retorik Penghujahan-