16/05/2014

KIMIA DAN PJK

16.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

     PADA HARI INI, SAYA DAN RAKAN-RAKAN FOUNDATION YANG LAIN TELAH MENJAWAB KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN KIMIA DAN PJK. ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ILAHI KERANA SAYA DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN YAKIN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

15/05/2014

SUSAHNYA..........


15.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

      HARI INI IALAH HARI MENJAWAB KERTAS EXAM YANG PALING "MEMBUNUH" SAYA IAITU BIOLOGI.PADA PEPERIKSAAN YANG LEPAS, SAYA DAPAT GRED C TAPI KALI INI SAYA HARAP DAPAT GRED YANG BAGUS DARIPADA SEBELUM INI.DOAKAN YEE............

SEKIAN, TERIMA KASIH.

13/05/2014

BAB 6

Bab 6
(Jaringan emas)

Pemenang perlu ditentukan dengan penentuan sepakan penalti. Pengadil meminta Syed dan Johari untuk menyenaraikan lima orang pemain yang akan mengambil sepakan penalti nanti.

 Sepakan penalti pertama Nashorn diambil oleh kapten pasukan iaitu Syed. Sepakan itu disempurnakan olehnya dengan mudah. Sepakan penalti pertama pasukan lawan pula diambil oleh kapten pasukannya juga, Johari. Johari menggunakan teknik rembatan yang unik untuk mengelirukan penjaga gol. Sepakan ini juga berjaya membolosi gawang gol.

Ketika pasukan Nashorn berada dihadapan empat berbalas tiga, sepakan keempat oleh Halim terkena palang dan melambung jauh keluar padang. Tertekan jurulatih dan rakan sepasukan dibuatnya.

 Dan sepakan terakhir bagi pasukan Nashorn diambil oleh Rafiq. Jika Rafiq berjaya menjaringkan gol, maka mereka bakal menjulang piala buat kali kelapan. Sepakan itu diambil olehnya dengan berhati-hati.

Hati kecilnya berbicara “Kau berilahkan kejayaan buat sekolah kau, ingatlah yang jurulatih kau dah beri peluang untuk kau bermain di sini .” Bagaikan halilintar, bola yang dirembat oleh Rafiq menyusur laju ke arah gawang gol.

 Tetapi bola yang dirembat oleh Rafiq beerjaya ditepis. Penjaga gol berasa sangat puas dengan apa yang telah dilakukannya. Namun, langit tak semestinya cerah, dengan kuasa Allah, bola yang ditepis itu tadi ditiup angin yang sangat kuat. Keadaan itu menyebabkan bola itu melantun ke arah gawang gol dan akhirnya memberikan kemenangan buat pasukan Nashorn.



“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.”rasa syukur yang teramat syukur oleh Rafiq kelihatan apabila dia bersujud di atas padang. Kesemua pemain pasukan Nashorn menjulang dia dan membawanya ke tepi padang. Kemenangan itu membuka peluang untuk Rafiq meneruskan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional. 

BAB 5

Bab 5
(Terus mara)

            Perlawanan kedua belangsung dengan Rafiq bermain di posisi penyerang utama menggantikan Azizul yang kepenatan selepas berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama.

            Tiupan wisel dibunyikan, dan pasukan memulakan sepak mula. Namun tidak sampai seminit mereka memegang bola, Rafiq berjaya merampasnya. Tanpa membuang masa pasukan Nashorn terus melakukan serangan balas. Kemaraan mereka dihalang oleh pemain pertahanan lawan, tetapi dengan kelebihan bilangan pemain, pasukan lawan tidak mampu menghalang mereka daripada terus mara.

            Selepas itu, Rafiq dan dua orang lagi rakan sepasukannya perlu melepasi penjaga gol yang dilihat agak cemas kerana perlu menghalang tiga orang pemain daripada menjaringkan gol. Apabila perasaan takut dan gementar bergabung, maka kita tidak mampu berbuat apa-apa. Begitulah apa yang terjadi kepada penjaga gol itu, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain dari memberi gol kepada pasukan Nashorn.

            Beberapa minit selepas itu, Rafiq menjaringkan gol kedua peribadinya dan pasukannya dalam perlawanan itu. Bersambung babak kedua, Zahid pula diberi peluang untuk bermain bagi menggantikan Zuhdi yang nampak agak keletihan. Zahid digandingkan bersama dengan Rafiq, untukbermain diposisi serangan.

Apa akan jadi jika api dicampur dengan Benzena iaitu sejenis bahan kimia, sudah pasti akan terjadi satu kebakaran. Itulah yang berlaku kepada pasukan Nashorn, mereka tidak habis habis menyerang pasukan lawan sehinggakan pasukan lawan dibolosi dengan begitu banyak gol.

Berakhir sudah perlawanan di Antara pasukan Nashorn dan juga pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Impian (SMeKI). Perlawanan dengan berkesudahan, kemenangan sekali lagi memihak kepada pasukan Nashorn apabila mereka menang dengan jaringan 8 berbalas 0. Mereka berjaya mara ke peringkat suku akhir apabila menjadi juara kumpulan dengan mengumpul mata penuh iaitu sebanyak enam mata diikuti dengan pasukan SeMBA dengan tiga mata.

Kemaraan mereka sekali lagi tidak dapat dihalang apabila mereka berjaya menundukkan juara bertahan iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kantan Sebatang (KaSeb) dengan jaringan 4 berbalas 0.

Di pentas separuh akhir pula mereka berjaya menundukkan pasukan yang pernah menjuarai pertandingan ini dua tahun lepas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Dua Batang (PiDuB) dengan jaringan 3 berbalas 0. Akhirnya, mereka sekali lagi ditemukan dengan pasukan SeMBA.

Perlawanan itu berlangsung dengan kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan. Ada beberapa percubaan merbahaya ke arah gawang gol kedua-dua pasukan.Tamat separuh masa pertama dengan tiada sebarang gol dapat dijaringkan.


Bersambung babak kedua, akibat kesilapan pemain tengah Nashorn, peluang itu diambil oleh pasukan SeMBA dan mereka berjaya membolosi gawang gol Nashorn. Tetapi jaringan itu tidak bertahan begitu lama apabila Syed berjaya melepasi kesemua pemain pertahanan dan penjaga gol untuk memberikan jaringan penyamaan buat pasukan Nashorn. Perlawanan akhirnya tamat dengan kedua-dua pasukan seri satu sama.

BAB 4

Bab 4
(Perlawanan pembukaan)

            Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, perlawanan pembukaan bagi pertandingan bola sepak peringkat daerah MSSD akan berlangsung satu jam sahaja lagi. Pasukan SMeKSeK atau lebih dikenali sebagai pasukan Nashorn. Nashorn ialah perkataan Bahasa Jerman yang ditukar daripada Bahasa Melayu yang bermaksud badak sumbu. Mereka diberi gelaran itu kerana mereka mempunyai benteng pertahanan yang sukar untuk dilepasi dan kehebatan penyudah yang mereka.

Mereka pernah menjadi juara dalam pertandingan ini sebanyak tujuh kali dan kali terakhir mereka menjulang trofi ialah dua tahun yang lepas. Mereka tidak pernah tidak melayakkan diri untuk ke separuh akhir.

            Peraturan pertandingan tahun ini ada sedikit perubahan, iaitu pada tempoh masa perlawanan di tambah daripada 20 minit kepada 30 minit. Selain itu, keluasan gawang gol juga berbeza daripada tahun sebelumnya. Ini pasti akan menyukarkan tugas semua penjaga gol.

            Pada pelawanan pertama peringkat kumpulan, mereka perlu menentang Sekolah 
Menengah Batu Ampat (SeMBA). Pada pertandingan yang lepas sekolah ini pernah menewaskan mereka dengan jaringan 2 berbalas 1 ketika mereka berada di pentas separuh akhir. Pertembungan ini menjadi suatu tempat untuk mereka menebus maruah mereka yang tercalar.

            Pada perlawanan ini, Rafiq dan Zahid tidak dapat menjadi pemain utama. Tetapi jurulatih berjanji akan memberi berdua main pada perlawanan seterusnya, sekiranya mereka berjaya memenangi perlawanan pertama.

            Ketika perlawanan hampir tamat separuh masa, penyerang utama iaitu Azizul berjaya menyudahkan hantaran lintang daripada Mursyid untuk menjaringkan gol pertama buat Nashorn. Beberapa saat selepas itu, tiupan wisel daripada pengadil menandakan tamat perlawanan separuh masa pertama

            Bersambung babak kedua, kali ini semangat pasukan Nashorn semakin membara apabila mereka berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa 10 minit. Kedudukan mereka semakin selesa apabila pemain tengah, Haikal berjaya menyudahkan sepakan percuma yang diambil agak jauh dari gawang gol. Akhirnya, perlawanan di antara pasukan Nashorn dan lawannya SeMBA tamat dengan kemenangan memihak kepada Nashorn dengan jaringan 5 berbalas 0.


            Sebelum perlawanan kedua peringkat kumpulan bermula, jurulatih menyuruh pasukannya untuk berjumpa dengannya di dalam bilik persalinan. Ketika di dalam bilik persalinan, jurulatih memberikan sedikit nasihat kepada pasukannya dan beberapa info penting. 

BAB 3

Bab 3
(Kelayakan dua rakan)

Perlawanan di antara kumpulan 8 dan 1 akhirnya tamat. Kemenangan memihak kepada kumpulan 8 dengan keputusan 5 berbalas 1. Keputusan pada perlawanan kumpulan lain pula ialah kumpulan 7 tewas kepada kumpulan 2 dengan jaringan 2 berbalas 4, kumpulan 4 tewas kepada kumpulan 5 apabila  Raziq menjaringkan gol tunggal perlawanan buat kumpulan 5, dan perlawanan terakhir di antara kumpulan 3 dan 6 berkesudahan dengan kumpulan 6 menang dengan jaringan 3 berbalas 2.

Tamat sahaja kesemua perlawanan, jurulatih menyuruh mereka untuk berehat di bawah pokok. Sebelum mereka pulang, jurulatih menyuruh mereka untuk datang berjumpa dengannya di dalam stor sukan, esok pada pukul 10 pagi.

Keesokan harinya, seperti yang diberitahu oleh jurulatih semalam, mereka semua menuggu kedatangan jurulatih dengan perasaan yang sangat gementar. Sampai sahaja jurulatih di dalam stor sukan, dia memberikan sedikit ucapan.

“Terima kasih kepada kamu semua kerana memberikan kerjasama yang sangat baik, kepada yang tak dapat, jangan mengalah dan teruskan usaha.Kepada yang dapat pula janganlah kamu riak atau sombong kepada orang lain.”nasihat jurulatih.     

   “Baiklah, saya akan membacakan nama yang dapat mewakili sekolah, Raziq, Zahid dari tingkatan satu, Imran, Syakir, Isma, dari tingkatan dua, dari tingkatan tiga pula, Haikal, Zamri, tingkatan pula Shahril, Azizul, Raizal dan dari tingkatan lima ialah Mursyid, Zuhdi, Syed, Amer, dan akhir sekali Aqil.”

Raziq dan Zahid berasa sangat teruja kerana mereka bakal mewakili pasukan sekolah. Mereka juga berasa sangat tidak sabar untuk memneritahu berita ini kepada ibu bapa mereka. Ketika di asrama, rakan-rakan lain mengucapkan tahniah kepada mereka berdua kerana dapat mewakili sekolah dalam acara bola sepak.

Keesokan harinya, Raziq dan rakan sekelasnya pergi ke padang untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan. Cikgu yang mengajar mata pelajaran tersebut memberikan sebiji bola kepada kumpulan pelajar lelaki dan menyuruh mereka pergi bermain bola sepak manakala pelajar perempuan pula bermain bola jaring. Dalam permainan bola sepak, Raziq dan Zahidlah yang paling menonjol manakala bola jaring pula ialah Adibah dan Ainin.


Tamat sahaja waktu PJK, mereka pergi ke makmal komputer kerana guru bahasa inggeris iaitu Cikgu Aisyah tidak dapat hadir ke sekolah akibat demam  yang teruk sejak sebulan yang lepas.

BAB 2

Bab 2 
(Nafas lega?)

            Namun mereka masih belum lagi mampu menarik nafas lega kerana ada lagi 40 orang pelajar yang masih berada dalam pasukan. Ketika dua minggu sebelum pertandingan itu berlangsung, jurulatih mengumumkan hari untuk sesi pemilihan pemain yang kedua. Sesi pemilihan yang kedua itu akan dijalankan pada hari Rabu, iaitu ketika waktu kokurikulum dijalankan.

Pada hari Rabu itu, jurulatih telah membahagikan mereka kepada lapan kumpulan. Raziq dimasukkan ke dalam pasukan ke-lima manakala Zahid pula di kumpulan ke-lapan. Selepas itu, jurulatih meminta setiap kumpulan untuk melantik seorang ketua pasukan. Ketua dari setiap kumpulan dipanggil kehadapan untuk mencabut undi.

“Baiklah, undian telah dibuat dan saya akan tulis di depan keputusannya.” kata jurulatih.

8 vs 1

7 vs 2 
6 vs 3
4 vs 5

            “Kita akan mulakan dengan pasukan 8 menentang pasukan 1. Saya akan menganalisis gaya permainan kamu semua. Jadi, buat yang terbaik semua.” kata jurulatih lagi.

            Semua pemain kedua-dua pasukan telah masuk padang. Setelah mereka berada di posisi masing-masing, pengadil jemputan meniup wisel permulaan. Mereka diberikan masa selama 20 minit untuk membuktikan kehebatan mereka.

            Ketika perlawanan diantara kumpulan 8 dan kumpulan 1 sedang berlangsung, Zahid berjaya melepasi pemain pertahanan kumpulan 1 dan meneruskan lariannya ke arah pintu gol lawan. Tetapi larian Zahid terhenti di depan gawang gol kerana ada lagi seorang pemain pertahanan yang cuba menghalangnya daripada terus mara ke hadapan.
           
Namun, dengan kelincahan Zahid yang sangat menakjubkan, dia berjaya melepasi pemain pertahanan itu, Lalu, Zahid melepaskan rembatan kencang ke arah gawang gol dan rembatan itu berjaya melebihi jangkauan penjaga gol untuk memberikan gol pertama buat kumpulan 8.

            

BAB 1

GABUNGAN DUA SETERU


Bab 1 
(pemilihan pertama)

            Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah banyak melahirkan pelajar yang berpotensi untuk menjadi atlet. Antara atlet yang pernah menyambung pelajaran sekolah menengah di situ ialah Safiq Sali. Safiq Sali ialah salah seorang ahli pasukan bola sepak negara. Beliau pernah membantu pasukan bola sepak negara melayakkan diri untuk merebut gelaran juara di Sukan Olimpik.

            Tapi saya di sini bukannya untuk menceritakan tentang Safiq Sali ataupun kehebatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Tujuan saya adalah untuk menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan (SMeKSeK).

            Pelajar yang saya katakan tadi bernama Raziq. Dia baru sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan satu SMeKSeK. Dia terpilih untuk menyertai sekolah sukan ini kerana kehebatan dan kelincahannya bermain bola. Untuk pengetahuan semua, Raziq ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan. Dia pernah mewakili pasukan bola sepak sekolah, daerah, negeri dan dia juga terpilih untuk menjadi salah seorang pemain Frenz United.  

            Pada hari pertama dia berada di SMeKSeK, dia telah berjumpa dengan ramai kenalan yang pernah dia temui ketika bermain bola sepak. Antara kenalannya ialah Zahid. Dia mulai mengenali Zahid ketika mereka bersama-sama mewakili pasukan Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan. Selain daripada Zahid, ada ramai lagi kenalan Raziq yang dia temui ketika mewakili pasukan bola sepak.

            Selepas Raziq berkenalan dengan semua kawan-kawan di sekolah barunya itu, dia dan rakan-rakan sekelasnya pergi ke kelas masing-masing. Kelas mereka berada tidak jauh dari padang sekolah. Jadi, mereka boleh melihat kelas-kelas lain yang sedang menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan apabila tiada guru yang masuk ke kelas itu.

            Merka menjalani kehidupan di sekolah menengah seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan. Pada suatu hari, jurulatih pasukan bola sepak sekolah telah menyatakan hasrat untuk memilih pemain bagi mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat daerah yang bakal berlangsung lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.

            Peluang sebigini tidak dilepaskan oleh Zahid. Dia, Zahid dan beberapa orang pelajar lelaki tingkatan satu pergi menghadiri ujian untuk menjadi pemain sekolah. Mereka sangat terkejut apabila seramai 56 orang pelajar lelaki menghadiri sesi pemilihan  pertama.


Ketika sesi pemilihan pertama  dijalankan, jurulatih sekolah akan menganalisis gaya permainan pelajar.Pada sesi pemilihan yang pertama, jurulatih telah mengeluarkan 16 orang pelajar dari pasukan bola sepak. Pelajar tingkatan satu yang masih belum terkeluar hanya tinggal Raziq dan Zahid.

CUTI WESAK

13.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

     HARI INI IALAH HARI WESAK, HARI CUTI.YEAY CUTI.TAPI WAKTU MACAM INILAH YANG MEMANG TAKKAN ADA KERJA NAK DIBUAT WALAUPUN ESOK PERIKSA.OKLA SAMPAI DEKAT SINI SAHAJA.GOOD LUCK EXAM YOUR ALL.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

12/05/2014

HARI EXAM

12.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

    HARI INI IALAH HARI FIRST EXAM.JADI RAMAILAH PELAJAR YANG NAK BACA BUKU MALAM SEBELUMNYA.HARI INI, PELAJAR FOUNDATION AKAN MENJAWAB KERTAS FIZIK.NASIB BAIK SAYA DAH BUAT ULANGKAJI SEHABIS HABIS. 

   OK, GOOD LUCK YE .

TERIMA KASIH.

11/05/2014

BALIK KE PERMATA PINTAR

11.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

    HARI INI IALAH HARI TERAKHIR KAMI DI KOLEJ ZA'BA.KAMI AKAN PULANG KEPERMATA PINTAR PADA WAKTU TENGAH HARI.PAGI ITU,SAYA, ZUHDI, AMER, AQIL, AIZU, DAN HARITH DIKEJUTKAN OLEH ABANG ABUL.TAPI SELEPAS ABANG ABUL PERGI KAMI TIDUR SEMULA.BEBERAPA MINIT SELEPAS ITU BARU KAMI BANGUN.

    SEDIH JUGAKLA NAK TINGGALKAN ZA'BA SEBAB DEKAT SINI DAPAT MAIN FUTSAL PUAS-PUAS.

SEKIAN DARI SAYA, TERIMA KASIH.

10/05/2014

MAIN FUTSAL

10.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

    HARI INI, SEMUA PELAJAR LELAKI YANG TIDAK PULANG KE RUMAH KERANA KETIADAAN ELEKTRIK BERMAIN FUTSAL.KAMI BERMAIN FUTSAL SELEPAS KAMI SOLAT ASAR BERJEMAAH DI SURAU KOLEJ ZA'BA.KAMI BERASA SANGAT SERONOK KERANA DAPAT BERMAIN DI GELANGGANG FUTSAL YANG 'SEMPURNA'.

SEKIAN DARI SAYA, TERIMA KASIH.

SINOPSIS

Kucing Berduri Kota (SINOPSIS)

Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8100’ ini menceritakan tentang Zic 9295, seorang pemimpin Israel yang zalim, dia seoarang  pemimpin kejam yang mahu melihat etnik 8100 musnah. Dalam kepalanya hanyalah ada dendam terhadap etnik 8100., yang diibaratkan sebagai kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.

Zic 9295 sedar akan kesalahannya,. Serigala gearbok menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka.

Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia boleh memberi alasan daripada soalan hakim terhadapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.

Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.

Tema: Menceritakan keganasan Zic 9295

Persoalan                            : Mengapa Zic 9295 begitu takut akan kesalahan yang dilakukan?
         Mengapa Zic 9295 begitu bencikan etnik 8100?
         Apakah nasib Zic 9295 selepas ini?  

Watak dan Perwatakan:

Zic 9295- berperanan sebagai kucing berduri kota, kejam dan sanngat membencikan etnik 8100
Etnik 8100- berperanan sebagai anak-anak ayam yang secara kejamnya di bunuh oleh kucing berduri  kota

GAYA BAHASA
1. Metafora
2. Hiperbola
3. Personifikasi-  Tembok memprotes tindak-tanduknya yang  jahat dan kejam.

Plot dan Latar

Mengisarkan kisah perjuangan para mujahid di Palestin dan kekejaman Zionis. Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel pada ketika itu mencetuskankan peperangan dan membunuh begitu ramai penduduk Palestin yang di anggap pelarian di negara sendiri. Ariel Sharon terlibat dengan banyak kontroversi melibatkan pembunuhan tersebut. Namun dia dilindungi pihak berkuasa seperti PBB yang merupakan orang suruhan Israel.  

Nilai dan Pengajaran

1.Jangan berdendam dengan orang lain hanya kerana mereka lebih baik
2.Mengakui kesilapan diri sendiri
3.Tidak menyalahkan orang lain yang tidak bersalah dalam suatu situasi

09/05/2014

BERJALAN KAKI

9.5.2014

ASSALKAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

     HARI INI IALAH HARI YANG PALING PENAT BAGI SAYA KERANA SAYA PERLU BERJALAN KAKI DARI MASJID KE PUSAT PERMATA PINTAR.SAYA BERJALAN KAKI BERSAMA 10 ORANG KAWAN SAYA DAN TERMASUK ABANG-ABANG SENIOR.DALAM PERJALANAN KAMI KE PUSAT PERMATA PINTAR SEORANG RAKAN SAYA, ASYRAF TELAH MENGAMBIL VIDEO PERJALANAN ITU.KAMI SANGAT BERSYUKUR KERANA KAMI SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU DENGAN SELAMAT.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
(NANTI BOLEHLA UPLOAD VIDEO TU DALAM BLOG)

08/05/2014

MAIN BOLA BERACUN

8.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

    HARI INI, CIKGU WAN HADIR KELAS PJK.YEAAAAAAAYYYYYYY.DAPAT MAIN BOLA BERACUN.KEPUTUSAN BOLA BERACUN IALAH SEPERTI BERIKUT.

K-E-M-E-N-A-N-G-A-N...

TERIMA KASIH.

07/05/2014

TEST LAGIIIIIIIIIIIII

7.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

    HARI INI ADA TEST LAGIIIII. TAKPELAH DAPAT JUGAKLA SKOR TEST YANG NI.


06/05/2014

MATHEMATICS TEST!!!!!!!!!!

6.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

    HARI INI, TANPA DIDUGA ADA TEST UNTUK MATEMATIK. TIDAKKKKKKK,MASA AKU TAK READYLAH BENDA NI TERJADI. APAKAN DAYA GURU YANG MENGATUR SEGALA TEST, KAMI HANYA MENJAWAB.TAPI DAPATLAH JUGA SKOR 8 PER 10.

05/05/2014

TERIMA DUIT BANTUAN RM100

5.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

      HARI INI, SAYA DAN RAKAN SEKELAS SAYA MENERIMA DUIT BANTUAN RM 100.
KAMI PERGI BERJUMPA DENGAN GURU KELAS KAMI, CIKGU ZAEM UNTUK MENGAMBIL DUIT BANTUAN TERSEBUT.KAMI PERGI KE SANA PADA PUKUL 10 PAGI IAITU KETIKA WAKTU REHAT.KESEMUA KAMI BERASA SANGAT GEMBIRA KERANA MENERIMA DUIT TERSEBUT.FUUHHH,NASIB BAIK ADA DUIT BANTUAN SEBAB DUIT ADA LAGI TINGGAL SIKIT JE (PADAHAL BANYAK LAGI, DALAM LEBIH KURANG RM 100).

     WOOOOHOOOOOOO.....DUIT,DUIT,DUIT..AKU SUKA DUIT.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

04/05/2014

TAK TAHU NAK BUAT APA...

4.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

     HARI INI RASANYA MACAM TAK ADA APA-APA YANG PERLU DICERITAKAN, HARI NI SAYA CUMA BUAT ASSIGNMENT YANG TERGENDALA.

SEKIAN DARI SAYA, TERIMA KASIH.

03/05/2014

HARI PALING FREE

3.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

     HARI NI SAYA DAN RAKAN-RAKAN SAYA ASYIK MAIN PINGPONG, TENGOK MOVIE, DAN MAKAN MAGGIE.JADI, MACAM TAK ADA APA-APA PERKARA YANG PERLU DIPERKATAKAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

02/05/2014

RUBBISH-O

2.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

     HARI NI SEMUA PELAJAR PERMATA PINTAR AKAN MENYERTAI SATU ACARA YANG AGAK BESAR DI PERMATA PINTAR IAITU ACARA NO RUBBISH.KAMI DIBAHAGIKAN MENGIKUT KELAS.KELAS SAYA PERLU MEMBERSIHKAN KAWASAN BLOK MAKMAL, FASA 1.KAMI BERNASIB BAIK KERANA PERLU MEMBERSIHKAN KAWASAN YANG TIDAK TERLALU LUAS.

     SAYA SEBAGAI KETUA KUMPULAN MENGARAHKAN ANAK-ANAK BUAH SAYA UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN-KAWASAN TERTENTU.SAYA MEMBAHAGIKAN MEREKA KEPADA KUMPULAN.6 ORANG PERLU BERADA DI ARAS 1, 5 ORANG DI ARAS 2, DAN 4 ORANG DI ARAS 3.

    ALHAMDULILLAH, KAMI BERJAYA MEMBERSIHKANNYA DALAM MASA YANG TELAH DITETAPKAN.SAYA DAPAT PERHATIKAN YANG KAMI TELAH MEMBERSIHKAN TEMPAT INI SEHINGGA SAYA SANGAT SUSAH UNTUK MENCARI SEBARANG SAMPAH SARAP.

    TERIMA KASIH KEPADA AHLI KUMPULAN SAYA KERANA TELAH MELAKUKAN KERJA INI DENGAN JAYANYA.

SEKIAN DARI SAYA,TERIMA KASIH. 

     

01/05/2014

EXPLORACE

1.5.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

     HARI INI,KESEMUA PELAJAR PERMATA PINTAR DIWAJIBKAN UNTUK MENYERTAI  PERTANDINGAN EXPLORACE YANG DIANJURKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI KOLEJ ATAU BOLEH DIRINGKASKAN SEBAGAI MTK.

     KAMI PERLU BERADA DI TAPAK PERHIMPUNAN TEPAT PUKUL 7:30 PAGI.SEBELUM EXPLORACE ITU DIMULAKAN, PRESIDEN MTK, ABANG AMIRUL RUZAINY MEMBERIKAN SEDIKIT TAKLIMAT BERKENAAN EXPLORACE.SELEPAS ITU, SETIAP KETUA KUMPULAN PERLU BERKUMPUL UNTUK DIBERIKAN BEBERAPA MEKLUMAT YANG BERGUNA DAN MEREKA JUGA DIBERIKAN SEHELAI KERTAS YANG ADA CETAKAN BERUPA DUIT.DUIT INI DIKIRA SEBAGAI MARKAH KAMI.JIKA DUIT KAMI SEDIKIT,MAKA KAMI AKAN TEWAS TETAPI JIKA DUIT KAMI BANYAK,MAKA KAMI AKAN MENANG.SELAIN ITU, KETUA KUMPULAN JUGA DIBERIKAN SEHELAI KERTAS YANG MEMPUNYAI DUA PATAH PERKATAAN YANG PERLU DINYAHKODKAN.

  SEMASA BERADA DI CHECKPOINT PERTAMA,KAMI TERPAKSA MENUNGGU PASUKAN YANG SEDANG MELAKUKAN TUGASAN DI CHECKPOINT ITU.DI CHECKPOINT ITU KAMI DIKEHENDAKI MEMILIH SEORANG AHLI PEREMPUAN UNTUK MENYELESAIKAN TUGASAN.KAMI BANYAK MEMBUANG MASA DI SITU.SELEPAS ITU KAMIPERGI KE CHECKPOINT TANG BERIKUTNYA.

     TAMAT SAHAJA ACARA EXPLORACE DAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH, SAYA TERUS BALIK KE BILIK DAN BEREHAT KERANA TERLALU PENAT..

SEKIAN, TERIMA KASIH.