01/08/2016

Laporan Program International Future Scientists Conference (iFSC)

   Pada 26 Jun 2016 hingga 28 Jun yang lepas, Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan sebuah program iaitu program International Furture Scientist Conference. Sebanyak 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut termasuk Kolej PERMATApintar. Program ini dijalankan di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Semua peserta daripada luar hendaklah bermalam sama ada di Kolej PERMATApintar ataupun Kolej Keris Mas.
          Pada hari pertama iaitu 26 Jun 2016 bersamaan dengan hari selasa, sesi pendaftaran dan penghiasan booth telah berlangsung. Peserta-peserta telah membuat persediaan terakhir sebelum pertandingan bermula. Acara perasmian telah bermula pada pukul 2 petang itu di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Timbalan Naib Canselor UKM, Professor Dato’ Ir.Dr. Riza Atiq Abdullah bin Orang Kaya Rahmat telah menghadiri majlis ini untuk merasmikan pertandingan tersebut. Majlis perasmian ini turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh pelajar Kolej PERMATApintar. Selepas majlis perasmian, peserta-peserta telah dibenarkan untuk rehat dan membuat persediaan untuk pembentangan penyelidikan pada keesokan harinya.
          Pada keesokan harinya pula iaitu 27 Jun 2016 bersamaan dengan hari rabu, sesi penilaian telah berlangsung. Sesi ini dijalankan di ruang legar auditorium. Terdapat beberapa faktor yang diketegahkan untuk menilai mereka seperti cara pembentangan, kecantikan booth dan sebagainya. Terdapat banyak penyelidikan yang menarik yang saya dapati ketika melawat booth-booth mereka seperti penyelidikan tentang lalang, bintang, penapis air, mesin penjana elektrik, racun perosak, dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan sebuah penyelidikan yang ddiketuai oleh saudara Ku Nazhan iaitu menggantikan lemak daging kepada lemak sayuran dalam daging burger. Penyelidikan ini telah mendapat pingat gangsa pada ketika majlis penutup. Sesi ini tamat pada waktu petang.
          Pada hari ketiga iaitu hari terakhir bersamaan dengan 28 Jun 2016 iaitu pada hari khamis, majlis yang ditunggu-tunggu telah berlansung iaitu majlis penutup. Majlis ini bermula pada jam 11 pagi dan dihadiri oleh naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Semua peserta amat gementar ketika ini kerana segala usaha yang mereka telah lakukan akan diberi ganjaran pada majlis ini sama ada mendapat pingat gangsa, pingat perak ataupun pingat emas. Terdapat juga empat anugerah pembentangan terbaik yang dianugerahkan kepada empat  peserta yang terbaik. Setelah acara penyampaian pingat selesai, semua peserta berasa lega walaupun mereka mendapat pingat gangsa. Para penonton juga turut disajikan dengan sebuah persembahan oleh pelajar asas 2 Kolej PERMATApintar. Semua peserta mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan ini dan iFSC merupakan sebuah pertandingan yang amat penting untuk pelajar.
Disediakan oleh,
Wan Ahmad Mursyid bin Wan Zafri

No comments:

Post a Comment