30/07/2016

Latihan Tatabahasa

A) Bina ayat.

1. Kemas

Para pemidato diminta untuk berpakaian formal dan kemas ketika berada di atas pentas.

2. Mengemaskan

Pelajar kelas 3K1 perlu mengemaskan kelas mereka yang kotor itu.

3. Kekemasan

Kekemasan diri menjadi salah satu faktor untuk kita disenangi masyarakat.

4. Harga

Danial telah hilang harga dirinya selepas dia ditangkap oleh pihak polis ketika dia sedang melakukan maksiat di rumahnya.

5. Menghargai

Kita perlulah menghargai segaala pemberian ataupun rezeki yang dikurniakan oleh tuhan..

6. Penghargaan

Anggota polis itu diberikan penghargaan oleh Menteri Besar Selangor kerana telah menyelamatkan seramai 15 orang awam yang terlibat dalam rompakan besar-besaran di sebuah bank di Kajang. 

B) Tukar ayat aktif menjadi ayat pasif.
1. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah dihasilkan oleh saya.


2. Sayur-sayuran di belakang rumah mestilah disiram oleh kamu pada setiap petang.


3. Latihan intensif selama tiga bulan telah dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

C) Betulkan kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut.

Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.

2. Keseluruhan-keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

Seluruh penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim memnuai padi.

3. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuart spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

= Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuart spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment