1. Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif
1) Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah lamanya.
-Pokok kelapa di sebelah rumah bapa saudara saya telah ditebang olehnya.
2) Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
-Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya dimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.
3) Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
-Pesakit tersebut dijalankan pembedahan keatasnya oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
4) Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
-Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.
5) Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
-Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum awak jelaskan.
2. Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif
1) Bola itu dibaling dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
-Pemain Brazil tersebut membalingkan bola dengan kuat.
2) Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
-Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar mempermainkan perasaan gadis itu.
3) Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
-Saya menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.
4) Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
-Pegawai dari Amanah Saham Nasional memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.
3. Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga.
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh RTM dan TV3 semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, Hal ini membimbangkan ibu bapa tentang unsur-unsur keganasan yang boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan buruk.
No comments:
Post a Comment