09/08/2016

Latihan: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

a) Bina dua ayat bagi setiap perkataan yang diberi 

Jalan

- Jalan raya kelihatan begitu sesak dengan kenderaan yang menuju ke arah selatan.
- Sopian masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk keluar daripada bilik kecil itu.


Lepas

- Pandir telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya pada bulan lepas.
- Yasbam akan melepaskan anak kucing yang cedera itu setelah ianya pulih sepenuhnya.


Tawar

- Walaupun masakan yang dimasak oleh isterinya sedikit tawar, tetapi Kasim teruskan makan untuk menjaga hati isterinya.
- Pembeli dan penjual itu saling tawar-menawar untuk harga baju kurung itu.


b) Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang.

  1. Bermandi-manda budak-budak itu di sungai .
  2. Sedang sakit tenat adik Nurina di hospital .
  3. Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.
  4. Berkejar-kejaran di taman permainan kanak-kanak itu .
  5. Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.
  6. Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah besar di atas bukit itu tidak berpenghuni. 

c) Kenal pasti dan senaraikan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

  1. (memeroses) memproses - dikilang (di kilang)
  2. (kelinik) klinik - (didapatkan) mendapatkan 
  3. (merasa) berasa - (diberi tahu) diberitahu - (pertunjukkannya) pertunjukannya


d) Kenal pasti dan senaraikan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa

  1. (Tawakal Pusat Rawatan) Pusat Rawatan Tawakal - (menyembuhkan) mengubati
  2. (kedua) kedua-dua - (menyelesaikan) menjalani
  3. (permintaan) permohonan - (kita) kami

08/08/2016

Latihan

1. Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif 

1) Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah lamanya.

-Pokok kelapa di sebelah rumah bapa saudara saya telah ditebang olehnya.

2) Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.

-Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya dimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.

3) Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.

-Pesakit tersebut dijalankan pembedahan keatasnya oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.

4) Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

-Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.

5) Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.

-Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum awak jelaskan.


2. Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif

1) Bola itu dibaling dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.

-Pemain Brazil tersebut membalingkan bola dengan kuat.

2) Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.

-Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar mempermainkan perasaan gadis itu.

3) Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.

-Saya menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4) Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.

-Pegawai dari Amanah Saham Nasional memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

3. Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh RTM dan TV3  semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, Hal ini membimbangkan ibu bapa tentang unsur-unsur keganasan yang boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan buruk.

02/08/2016

Rumusan

     Petikan membincangkan mengenai langkah-langkah membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia. 

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah, memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Seterusnya, kita haruslah mengasuh mereka menggunakan sumber alam secara berhemat. Selain itu, kita perlulah menggalakkan kanak-kanak membuang sampah di tempat yang disediakan. Langkah lain ialah, mendidik kanak-kanak untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh. Di samping itu, anak-anak perlu dididik unutk membuat baja kompos dengan sisa makanan. Akhir sekali, pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim.

Kepentingannya ialah, kita dapat membantu menjana pemikiran kanak-kanak yang akan membawa haluan negara pada masa yang akan datang.Selain itu, kita juga dapat membantu memajukan ekonomi di Malaysia.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama bagi membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia agar masa depan negara kita terjamin.

01/08/2016

Laporan Program International Future Scientists Conference (iFSC)

   Pada 26 Jun 2016 hingga 28 Jun yang lepas, Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan sebuah program iaitu program International Furture Scientist Conference. Sebanyak 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut termasuk Kolej PERMATApintar. Program ini dijalankan di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Semua peserta daripada luar hendaklah bermalam sama ada di Kolej PERMATApintar ataupun Kolej Keris Mas.
          Pada hari pertama iaitu 26 Jun 2016 bersamaan dengan hari selasa, sesi pendaftaran dan penghiasan booth telah berlangsung. Peserta-peserta telah membuat persediaan terakhir sebelum pertandingan bermula. Acara perasmian telah bermula pada pukul 2 petang itu di auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Timbalan Naib Canselor UKM, Professor Dato’ Ir.Dr. Riza Atiq Abdullah bin Orang Kaya Rahmat telah menghadiri majlis ini untuk merasmikan pertandingan tersebut. Majlis perasmian ini turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh pelajar Kolej PERMATApintar. Selepas majlis perasmian, peserta-peserta telah dibenarkan untuk rehat dan membuat persediaan untuk pembentangan penyelidikan pada keesokan harinya.
          Pada keesokan harinya pula iaitu 27 Jun 2016 bersamaan dengan hari rabu, sesi penilaian telah berlangsung. Sesi ini dijalankan di ruang legar auditorium. Terdapat beberapa faktor yang diketegahkan untuk menilai mereka seperti cara pembentangan, kecantikan booth dan sebagainya. Terdapat banyak penyelidikan yang menarik yang saya dapati ketika melawat booth-booth mereka seperti penyelidikan tentang lalang, bintang, penapis air, mesin penjana elektrik, racun perosak, dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan sebuah penyelidikan yang ddiketuai oleh saudara Ku Nazhan iaitu menggantikan lemak daging kepada lemak sayuran dalam daging burger. Penyelidikan ini telah mendapat pingat gangsa pada ketika majlis penutup. Sesi ini tamat pada waktu petang.
          Pada hari ketiga iaitu hari terakhir bersamaan dengan 28 Jun 2016 iaitu pada hari khamis, majlis yang ditunggu-tunggu telah berlansung iaitu majlis penutup. Majlis ini bermula pada jam 11 pagi dan dihadiri oleh naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali. Semua peserta amat gementar ketika ini kerana segala usaha yang mereka telah lakukan akan diberi ganjaran pada majlis ini sama ada mendapat pingat gangsa, pingat perak ataupun pingat emas. Terdapat juga empat anugerah pembentangan terbaik yang dianugerahkan kepada empat  peserta yang terbaik. Setelah acara penyampaian pingat selesai, semua peserta berasa lega walaupun mereka mendapat pingat gangsa. Para penonton juga turut disajikan dengan sebuah persembahan oleh pelajar asas 2 Kolej PERMATApintar. Semua peserta mendapat banyak pengalaman daripada pertandingan ini dan iFSC merupakan sebuah pertandingan yang amat penting untuk pelajar.
Disediakan oleh,
Wan Ahmad Mursyid bin Wan Zafri