14.4.2014
HARI INI SAYA BANGUN AGAK LEWAT,JADI SAYA TIDAK DAPAT BERSARAPAN KERANA HARI INI SAYA PERLU PERGI KE TAPAK PERHIMPUNAN IAITU DEWAN SERBAGUNA KERANA HARI INI IALAH GILIRAN SAYA UNTUK MEMBACA DOA.
SELEPAS SELESAI PERHIMPUNAN,SAYA DAN RAKAN-RAKAN SAYA PERGI KE BILIK GERAKAN UNTUK MENGHADIRI KELAS JATI DIRI.DI DALAM KELAS JATI DIRI,KAMI DIMERIAHKAN DENGAN KEDATANGAN DOKTOR RORLINDA.DOKTOR RORLINDA MENGAJAR KAMI ERTI EMOSI.SETELAH TAMAT SESI PEMBELAJARAN JATI DIRI KAMI PERGI KE DEWAN MAKAN UNTUK MENJAMU KUIH MUIH.
DI KELAS BAHASA MELAYU HARI INI,SAYA DAN RAKAN-RAKAN SAYA DIARAHKAN OLEH CIKGU MIOR UNTUK MEMBUAT SEBUAH BLOG UNTUK MEMBUAT JURNAL.RAMAI DIANTARA KAMI YANG TIDAK TAHU MEMBUAT BLOG TERMASUK SAYA SENDIRI.CIKGU MIOR MENOLONG KAMI MEMBUAT BLOG.NAMUN,ADA BEBERAPA RAKAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMBUAT BLOG KERANA ADA SEDIKIT MASALAH TEKNIKAL.
SELEPAS ITU KAMI PERGI KE KELAS MATA PELAJARAN SETERUSNYA IAITU KELAS K10.KAMI AGAK SEDIKIT LEWAT KERANA KAMI TERLALU SIBUK MEMBUAT BLOG.KAMI MASUK KE KELAS K10 UNTUK BELAJAR MATA PELAJARAN SEJARAH YANG DIAJAR OLEH CIKGU ZAZA.CIKGU ZAZA MEMBERI KAMI BEBERAPA TUGASAN BERKUMPULAN SEBELUM DIA PERGI KE BILIK MESYUARAT UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT YANG MELIBATKAN HAMPIR KESEMUA GURU DI PERMATA PINTAR.
PETANG INI PULA,SAYA MENGHADIRI KELAS FIZIK DAN KIMIA UNTUK MELAKUKAN EKSPERIMEN YANG DILAKUKAN OLEH CIKGU MATA PELAJARAN TERSEBUT.SELESAI SAHAJA SESI PEMBELAJARAN HARI INI SAYA TERUS PULANG KE ASRAMA UNTUK MENUKAR BAJU.PADA PUKUL 4 PETANG,SAYA BERJALAN KAKI KE SURAU UNTUK SOLAT ASAR DAN SELEPAS ITU SAYA PERGI KE DEWAN SERBAGUNA UNTUK BERMAIN PINGPONG BERSAMA RAKAN-RAKAN SAYA.
PADA MALAM INI,KESEMUA PELAJAR YANG BERAGAMA ISLAM SOLAT MAGHRIB DI DEWAN SERBAGUNA.KETIKA WAKTU PREP PULA SAYA TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KERJA RUMAH YANG DIBERI OLEH CIKGU KERANA PADA WAKTU ITU,SAYA BERASA SANGAT PENAT.
SETELAH TAMATNYA WAKTU PREP,SAYA PULANG KE BILIK DAN SAYA TERUS KE SEKITAR ASRAMA UNTUK BERJUMPA DENGAN RAKAN-RAKAN SAYA BAGI MENGHILANGKAN RASA BOSAN.SELEPAS PUAS SAYA BERBUAL DENGAN RAKAN-RAKAN SAYA,SAYA TERUS PULANG KE BILIK SAYA DAN TIDUR
SEKIAN,JURNAL PADA HARI INI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
No comments:
Post a Comment