19/04/2014

AKTIVITI KO-KURIKULUM

19.4.2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

      PADA HARI INI,SAYA BANGUN AGAK LEWAT LEBIH KURANG DALAM PUKUL 7:30 PAGI.JADI SAYA PERLU BERSIAP SEGERA KERANA BAS AKAN BERTOLAK PADA PUKUL 9:00 PAGI.SAYA DENGAN PANTAS MENCAPAI KAIN TUALA SAYA DAN TERUS KE BILIK MANDI.SAYA BERNASIB BAIK KERANA BAS YANG MENUGGU KAMI ITU TIDAK BERTOLAK TERLALU AWAL.

     SEBAIK SAHAJA SAMPAI DI PADANG,SAYA TERUS PERGI KE GELANGGANG BOLA TAMPAR DAN TERUS MELAKUKAN REGANGAN BADAN DAN BERJOGGING KELILING GELANGGANG.JURULATIH MEMULAKAN PELAJARAN DENGAN MENGAJAR KAMI BAGAIMANA HENDAK DIGGING (TAK TAU MAKNANYA DALAM BAHASA MELAYU),UMPAN,REJAM DAN BEBERAPA TEKNIK KETIKA HENDAK BERMAIN BOLA TAMPAR.

     TAMAT SAHAJA AKTIVITI KOKO (KO-KURIKULUM),SAYA DAN AHLI KELAB BOLA TAMPAR BEREHAT DI BAWAH POKOK.SELEPAS ITU,KAMI MENAIKI BAS DAN TERUS PULANG KE PUSAT PERMATA PINTAR.

     PADA PETANG ITU,PERSATUAN KADET POLIS TELAH MENGADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA SARJAN ALPENZI DAN KOPERAL AZMAN.BAGI PELAJAR ASAS1 DAN TAHAP1 KAMI DIAJAR OLEH SARJAN ALPENZI.BELIAU MEMBAWA KAMI BERKAWAD DI SEKITAR PERMATA PINTAR.

     AKHIR SEKALI SAYA DAN KESEMUA PELAJAR YANG MENYERTAI KADET POLIS PULANG DENGAN PERASAAN YANG GEMBIRA DAN LETIH.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment