Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.
AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI
Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.
Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)
KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK
Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka.
Sekian,terim kasih