Sebentar tadi baru sahaja saya melihat video yang
sangat menyayat hati. Tidak tahu apa yang ingin saya katakan terhadap kekejaman
manusia yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan. Apa tidaknya, apabila saya
melihat seorang bayi di Syria menangis dan berlumuran darah dikepalanya akibat
terkena serpihan bom manusia yang tiada sifat perikemanusiaan itu.
Namun, mengapa kita yang tinggal di negara yang aman ini masih melakukan maksiat. Adakah kita tidak bersyukur dengan nikmat keamanan yang tuhan berikan kepada kita. Jika kamu seorang yang bersyukur pasti kamu tidak akan berdiam sahaja. Oleh itu, kita perlulah cuba sedaya upaya kita untuk membantu mereka. Jikalau kamu tidak mampu untuk pergi ke medan perang, menyumbang pakaian ataupun makanan, kamu tetap boleh membantu mereka dengan menggunakan senjata rahsia orang mukmin iaitu DOA. Jadi renung-renungkanlah wahai manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
No comments:
Post a Comment