Petikan membincangkan tentang kesan-kesan kenaikan harga barang-barang keperluan harian di negara kita dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menanganinya.
Tindakan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati akan memberi kesan yang sangat besar kepada para pengguna. Antaranya ialah, beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Selain itu, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada
pihak berkuasa boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Perkara ini akan memberikan impak negatif terhadap ekonomi negara. Ekoran daripada tindakan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati pengguna terpengaruh untuk cuba memburuk-burukkan kerajaan
meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka.
Bagi mengatasi masalah ini, pengguna perlulah berani menyuarakan aduan kepada pihak kerajaan jika berlakunya kenaikan harga. Selain itu, pihak kerajaan seharusnya memantau keadaan disesebuah premis dengan lebih kerap. Peniaga juga perlu bersikap rasional terhadap setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak.
Kesimpulannya, para peniaga perlu melupuskan sikap tamak haloba dalam diri mereka dan tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna demi menjamin kestabilan ekonomi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment