25/01/2016

Bahasa Melayu Tinggi

Bahasa Melayu tinggi ialah bahasa yang bukan sahaja betul dari segi ejaan, sebutan dan tatabahasanya, malahan juga bahasa yang betul dari segi penggunaannya. Penggunaannya pula tidak sahaja terhad dalam situasi rasmi, tetapi juga situasi tidak rasmi, baik dalam penulisan mahupun pertuturan.

Konsep Bahasa Melayu Tinggi:

  1. Istilah bahasa Melayu tinggi dapat dikatakan sebagai bukan istilah linguistik.
  2. Bahasa Melayu tinggi adalah satu bentuk yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu.
  3. Istilah bahasa Melayu tinggi memang mendukung pengertian sosial tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa Melayu rendah. Oleh itu, bahasa Melayu tinggi dapat disamakan dengan konsep budaya tinggi.
  4. Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.
  5. Bahasa Melayu tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan.
  6. Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturaan.

19/01/2016

Rumusan

     Petikan membincangkan tentang kesan-kesan kenaikan harga barang-barang keperluan harian di negara kita dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menanganinya.

     Tindakan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati akan memberi kesan yang sangat besar kepada para pengguna. Antaranya ialah, beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Selain itu,  kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Perkara ini akan memberikan impak negatif terhadap ekonomi negara. Ekoran daripada tindakan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati pengguna terpengaruh untuk cuba memburuk-burukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka.

     Bagi mengatasi masalah ini, pengguna perlulah berani menyuarakan aduan kepada pihak kerajaan jika berlakunya kenaikan harga. Selain itu, pihak kerajaan seharusnya memantau keadaan disesebuah premis dengan lebih kerap. Peniaga juga perlu bersikap rasional terhadap setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak.

     Kesimpulannya, para peniaga perlu melupuskan sikap tamak haloba dalam diri mereka dan tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna demi menjamin kestabilan ekonomi pada masa akan datang.

18/01/2016

Berita Permata

BANGI, Selasa- Pada tanggal 5 Januari yang lepas,semua pelajar Asas 2,Asas 3,dan Tahap 2 telah terlibat dalam Program Re-Orientasi Pelajar Lama bertempat di Auditorium Kolej PERMATApintar Negara.

Program ini dijalankan bagi mengingatkan semula semula pelajar-pelajar lama tentang peraturan-peraturan sekolah,aktiviti-aktiviti yang dijalankan,dan juga pengurusan masa.Program ini juga bertujuan untuk mempersiapkan diri pelajar lama sebelum menerima kedatangan pelajar baharu yang akan mendaftar pada 18 Januari yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Program Re-Orientasi Pelajar Lama dimulakan seawal jam 8:30 pagi dengan ucapan mengenai "Right Mindset" dan "Vision-Mission PPpN" daripada pengarah Kolej PERMATApintar Negara,Prof Madya Datuk Dr. Noriah binti Mohd Ishak.Program ini diteruskan lagi dengan taklimat daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik,Puan Siti Aishah Hassan.Beliau menyentuh tentang kurikulum, kehadirann P&P, penilaian dalam peperiksaan dan program penyelidikan. 


Selepas itu, pelajar diberi peluang untuk minum pagi dan program telah diteruskan pada 10.30 pagi dengan taklimat oleh Prof. Madya Dr. Rorlinda tentang hal ehwal pelajar. Pada sebelah petang, taklimat tentang khidmat kaunseling oleh para kaunselor. Kemudian, diteruskan dengan taklimat ko-kurikulum oleh Cikgu Mior.